





Susulan kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di sekitar Kulim pada 17 Oktober 2025 lalu, pasukan MPKK terus digerakkan ke lapangan bagi melaksanakan kerja-kerja bantuan dan pembersihan.
Antaranya adalah kerja-kerja pembersihan di kawasan culvert Sungai Wang Pinang, bagi mengeluarkan sisa dan sampah yang tersangkut untuk melancarkan aliran air deras serta mengurangkan risiko banjir yang lebih serius.
MPKK segera menghulurkan bantuan dan bergerak pantas melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran, Kejuruteraan, Perancangan dan Landskap, Penguatkuasaan dan Pembangunan Masyarakat turun padang membantu pihak yang terlibat dalam memastikan kesejahteraan serta keselamatan penduduk sentiasa menjadi keutamaan.
Klik untuk gambar sekitar program
#MPKKPrihatin#TindakanPantas#BanjirKulim#MPKKDalamTindakan#MajlisPerbandaranKulim