
𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟏 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) melaksanakan Senarai Nilaian Baharu 2025 bagi memastikan kadar cukai taksiran selaras dengan nilai pasaran semasa.
Langkah ini selaras dengan keperluan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang menetapkan semakan Senarai Nilaian perlu dibuat setiap lima (5) tahun bagi memastikan kadar cukai taksiran adalah adil dan selaras dengan nilai pasaran semasa.
Untuk makluman, MPKK masih menggunakan aras nilaian tahun 1984 yang telah melebihi 40 tahun. Dengan pelaksanaan nilaian baharu ini, kadar cukai akan disemak semula berdasarkan keluasan tanah, keadaan bangunan, lokasi harta dan nilai pasaran semasa.
𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐂𝐮𝐤𝐚𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐬𝐢𝐫𝐚𝐧:
Kaunter Semakan Cukai (Lobi)
Majlis Perbandaran Kulim
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta
No. 1 Lebuh Bandar Putra,
09000 Kulim, Kedah Darul Aman
Tel: 04-4235225
E-mel: nilaiansemula@mpkk.gov.my