MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN 2025

Majlis Sambutan Perayaan Deepavali Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 2025 telah diadakan dengan penuh meriah di Dewan SP Swarnabumi. Majlis ini menghimpunkan masyarakat berbilang kaum dalam suasana harmoni dan muhibah.

Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah Darul Aman. Turut hadir bersama Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam serta NGO Negeri Kedah YB Wong Chia Zhen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau YB Azizan Hamzah, Pegawai Daerah Kuala Muda Tuan Azmin Zainol Abidin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, dan Pengerusi Lembaga Sekolah Tamil Negeri Kedah Encik Sivaraj A/L Paramasivam.

Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat India yang penuh warna-warni dan menarik, menggambarkan keindahan seni serta kekayaan budaya sempena sambutan Deepavali.

Sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap pembangunan pendidikan dan masyarakat India, turut diadakan sesi penyerahan sumbangan kepada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta 18 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negeri Kedah.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content