MBAS KELUAR 52 KOMPAUN DALAM OPS LESEN PENJAJA PASAR KARAT KAMPUNG BERJAYA

Alor Setar, 16 Oktober 2025 (Khamis) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja, serta Bahagian Inspektorat Kesihatan Persekitaran telah menjalankan satu Operasi Lesen Penjaja bertempat di Pasar Karat Kg. Berjaya.
 
Pemeriksaan itu bertujuan memastikan setiap penjaja yang menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan tersebut mempunyai lesen perniagaan dan mematuhi peraturan-peraturan perniagaan yang telah ditetapkan oleh MBAS.
 
Dalam operasi tersebut, kira-kira 282 penjaja telah diperiksa dan hasil pemeriksaan, sebanyak 52 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan tidak memiliki lesen perniagaan MBAS dan lesen telah tamat tempoh.
 
Kesemua kompaun dikeluarkan di bawah peruntukan UUK 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai, Majlis Bandaraya Alor Setar 2010, yang mewajibkan semua penjaja memiliki lesen perniagaan yang sah.
 
Operasi pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Justeru, semua pemilik premis/peniaga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
 
 
Skip to content