KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI WARGA KERJA MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

Langkawi, 22-24 September 2025 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah berkolaborasi bersama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) bagi menganjurkan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Warga Kerja MBAS. Kursus tersebut berlangsung selama tiga hari, dari 22 hingga 24 September, diadakan bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Langkawi dengan penyertaan seramai 81 orang warga kerja MBAS.
 
MBAS merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Negeri Kedah yang berkolaborasi dengan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) bagi mengadakan kursus seumpama ini. Inisiatif ini dicetuskan oleh YBhg. Datuk Bandar Alor Setar bersama AKM, bertujuan mengukuhkan semangat patriotisme dan menanamkan rasa cinta kepada negara dalam kalangan warga kerja.
Kursus tersebut turut merangkumi sesi ‘Team Building’ yang penting bagi memastikan warga kerja MBAS sentiasa menjaga kesihatan fizikal dan mental, dan kekal sihat dalam melaksanakan tugasan harian.
 
Kolaborasi antara MBAS dan AKM dalam penganjuran kursus ini merupakan komitmen untuk menyelaraskan operasi dan penyampaian perkhidmatan awam dengan nilai-nilai murni, sekali gus memupuk persekitaran kerja yang beretika dan bertanggungjawab.
 
 
Skip to content