



Tahniah kepada Zon 9 (Taman Selasih) yang berjaya dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Zon-Zon Ahli Majlis Sempena Piala Yang Dipertua MPKK 2025 manakala Zon 16 (Padang Serai Selatan) yang berjaya meraih hadiah naib johan. Satu pencapaian yang membanggakan!
Sementara itu, dalam perlawanan tersebut Pasukan Zon 11 (Taman Makmur – Menja) memenangi tempat Ke-3 manakala Pasukan Zon 15 (Padang Serai Utara) memenangi tempat Ke-4.
Syabas juga kepada semua pasukan yang telah memberi saingan hebat sepanjang pertandingan ini. Semoga terus maju dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang!
Aksi luar biasa, semangat berkobar-kobar!
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan momen terbaik perlawanan 2 November 2025 melalui koleksi gambar eksklusif menerusi link ini! ![]()
https://drive.google.com/…/16FzYmyYKoN8e41j6E9edV6xQoBZ…
#PialaYDP2025#TahniahJuara#SemangatKesukanan#MajlisPerbandaranKulim