KULIM, 4 November 2025 – Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, telah mengadakan lawatan kerja ke Kilang EVE Energy Sdn. Bhd. di Kulim EVE Industrial Park (KEIP), diiringi oleh delegasi kehormat yang terdiri daripada YB Dr. Haim Hilman bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi serta Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Kedah dan Tuan Mohamad Rizal bin Mohamad Radzi, Pegawai Daerah Kulim. YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) turut mengiringi delegasi kehormat dan menyertai lawatan tersebut bersama-sama ketua-ketua jabatan teknikal MPKK serta wakil daripada Invest Kedah Berhad.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Dr. Liu Jincheng, Pengerusi EVE Energy. Lawatan ini bertujuan meninjau kemajuan pelaksanaan pelaburan Fasa 1 dan Fasa 2, selain berbincang mengenai perancangan pelaburan baharu Fasa 3 syarikat tersebut di Kulim.

Dalam sesi taklimat itu, pihak EVE Energy memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan pelaburan yang dirancang di Malaysia, khususnya di Kulim, kini melebihi RM16 bilion, menjadikan Kulim sebagai tumpuan utama pembangunan industri berteknologi tinggi dan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri Kedah.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#ekonomikedah

Skip to content