π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 π’π„πƒπ”ππˆπ€ (𝐇𝐏𝐁𝐒) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah) telah mengadakan Program Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2025 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman..

Perasmian sambutan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor,Menteri Besar Kedah, dan turut diiringi YBhg. Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

Syabas dan Tahniah kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) atas kejayaan merangkul Anugerah Bandar Mampan Tahun 2025 Peringkat Negeri Kedah dan Penarafan Bandar Pintar Malaysia. Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan MPSPK dalam melaksanakan inisiatif pembangunan lestari serta mengaplikasikan teknologi pintar demi kesejahteraan warga Sungai Petani.

Hadir menerima anugerah adalah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah, Tuan Setiausaha Encik Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar, Puan Nurazureen binti Daud, Pengarah Bahagian OSC Encik Mohd Zulidzham bin Mohd Ali serta kakitangan Jabatan Perancangan Bandar dan One Stop Centre.

Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada Jabatan Perancang Bandar, MPSPK selaku jabatan penyelaras sehingga meraih anugerah dan kejayaan tersebut. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memperkasa pembangunan bandar Sungai Petani ke arah masa depan yang lebih lestari dan sejahtera

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content