


𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐘𝐁𝐇𝐆. 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐄𝐋𝐌𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐘𝐔𝐒𝐎𝐅𝐅!
8 November 2025 – Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) atas kejayaan merangkul Naib Johan Anugerah Kepimpinan PBT Terbaik (Perbandaran), sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tahun 2025 (AKM 2025) yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Anugerah telah disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. AKM 2025 yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merupakan platform pengiktirafan tertinggi kepada warga perkhidmatan awam di peringkat kementerian, jabatan, agensi dan 156 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara yang telah mempamerkan kecemerlangan, integriti dan kesungguhan dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sebanyak sepuluh (𝟏𝟎) 𝐤𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 utama telah disampaikan dalam majlis berprestij ini, antaranya:-
𝟏. 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠
𝟐. 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐈𝐤𝐨𝐧 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢
𝟑. 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐎𝐫𝐠𝐚𝐧𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚
𝟒. 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐎𝐫𝐠𝐚𝐧𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢 𝐔𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥
𝟓. 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐁𝐓 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠
𝟔. 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧
𝟕. 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐬𝐢
𝟖. 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐁𝐓 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤
𝟗. 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤
𝟏𝟎. 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢
Seluruh warga MPKK menzahirkan rasa bangga dan terharu atas pengiktirafan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan dorongan kepada seluruh warga MPKK untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah, dedikasi dan profesionalisme demi kesejahteraan warga Kulim.
Tahniah dan Syabas Dato’ YDP MPKK dan tahniah juga kepada semua penerima anugerah AKM KPKT 2025!
Klik untuk gambar sekitar program