𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Sambutan Hari Sukan Negara Daerah Yan 2025 diadakan pada 11 Oktober 2023, Sabtu . Satu Pertandingan Walking Football telah diadakan bertempat di Perkarangan Guar Chempedak.
Pertandingan ini turut disertai oleh kakitangan Majlis Daerah Yan sebagai usaha memperkukuhkan semangat kesukanan, memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga kerja.
Aktiviti ini bukan sahaja mencerminkan komitmen warga Majlis dalam menjayakan agenda nasional ke arah masyarakat sihat dan aktif, malah menjadi platform untuk memperkukuh semangat kerja berpasukan serta kesepaduan organisasi.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Majlis Daerah Yan yang telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Walking Football sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Sambutan Hari Sukan Negara Daerah Yan 2025.
Kemenangan ini membuktikan semangat kesukanan, disiplin dan sinergi pasukan warga Majlis Daerah Yan yang sentiasa komited.




