KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK serta mempunyai Lesen Bank Negara dan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) yang berstatus patuh dari LHDN adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL TAJUK NO SEBUT HARGA KOD BIDANG
1 SEBUT HARGA PERKHIDMATAN SKIM PERLINDUNGAN INSURANS BAGI KENDERAAN DAN BANGUNAN-BANGUNAN MPSPK SERTA LAIN-LAIN INSURANS UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN NO. 36/2025 (PER) 221801 ATAU 221802

Harga Dokumen : RM50.00 SENASKAH (KAD DEBIT & KAD KREDIT)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga Dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 13 NOVEMBER 2025 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
2.15 petang – 3.00 petang

Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftar Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 20 NOVEMBER 2025, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri, bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebutharga di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 13 NOVEMBER 2025

Skip to content