



“𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫 𝐖𝐞 𝐖𝐚𝐥𝐤, 𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫 𝐖𝐞 𝐆𝐫𝐨𝐰”
08 November 2025 – Program Family Fun Walk Alamku telah berlangsung dengan penuh meriah dan keceriaan di Perkarangan Alamku, Taman Kejora dan Kampung Padang Kulim.
Tahniah buat Puan Norasmawati binti Zakaria, Pengurus Alamku Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) atas usaha hebat bersama pasukan dalam menjayakan program yang penuh makna ini!
Terima kasih juga kepada semua ibu bapa, anak-anak dan warga Alamku atas sokongan dan semangat yang luar biasa!
Lebih istimewa, program kali ini turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKK, Encik Halimin bin Lahaming.
Melalui program ini, kita bukan sahaja dapat beriadah bersama-sama, tetapi juga dapat memupuk gaya hidup sihat dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan.
Seronok tengok semua berjalan sambil bergelak tawa dan menikmati masa berkualiti bersama keluarga!
Lihat lensa detik-detik indah dan gelagat warga Alamku yang sempat dirakam sepanjang program melalui pautan album digital berikut: