19 November 2025 – Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bandar Baharu telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Mejar (B) Mansor Bin Zakaria., AMK., PCK., PNBB., PPS., Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan), diiringi Tuan Mohd Noor Bin Ismail, Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu; TPr. Saidin bin Lateh
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia); Pengarah Pejabat Projek Zon Utara (PPZU) PLAN Malaysia, Puan Hajah Haslina Binti Chan@Hassan dan Pengarah PLAN Malaysia Kedah, Tuan Mohd Munizam Bin Abdul Aziz.
Program ini berlangsung bagi memberi peluang kepada komuniti untuk meneliti kandungan draf, memahami cadangan pembangunan yang dirancang, serta mengemukakan pandangan, bantahan atau cadangan penambahbaikan. Penglibatan ini membolehkan setiap isu setempat dikenal pasti, memastikan perancangan lebih seimbang, mampan dan memenuhi keperluan komuniti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Jabatan dan Agensi Daerah Bandar Baharu yang hadir serta menunjukkan komitmen dalam menjayakan program ini.
Orang-ramai dijemput hadir untuk melihat sendiri pameran Draf Rancangan Tempatan ini. Program Publisiti Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bandar Baharu telah tersedia untuk diperiksa bermula pada 16 November 2025 (Ahad) – 15 Disember 2025 (Isnin) di Bangunan Pejabat Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Cawangan Majlis Daerah Bandar Baharu, PLANMalaysia Negeri Kedah dan Pejabat Projek Zon Utara, Alor Setar Kedah dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang (Ahad – Rabu) dan 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari (Khamis). Semakan secara online boleh di lakukan di portal e-Publisiti PLANMalaysia:
🔗 https://www.planmalaysia.gov.my/index.php/pages/view/358
