
Majlis Perbandaran Kulim akan melanjutkan masa operasi Kaunter Semakan dan Bantahan Senarai Nilai Baharu 2025 (Cukai Taksiran) bagi memudahkan penduduk di Kulim hadir berurusan pada hujung minggu ini.
Waktu tambahan operasi kaunter adalah pada:
Tarikh: 21 hingga 22 November 2025 (Jumaat dan Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Penduduk yang belum membuat semakan dipelawa hadir pada tarikh tersebut.
Tarikh akhir semakan dan bantahan adalah pada 23 November 2025 (Ahad)
Orang ramai disarankan memanfaatkan peluang ini bagi memastikan maklumat nilaian harta adalah tepat sebelum tarikh akhir.