๐๐ฆ๐ฎ๐ข: โ๐๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐ฉ๐ข๐ณ๐ถ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ญ๐ข ๐๐ข๐ฏ๐ฅ๐ข๐ณ: ๐๐จ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ข ๐๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐ค๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐๐ข๐ฌ๐บ๐ข๐ตโ
Majlis Daerah Yan (MDY) telah menerima Anugerah Bandar Mampan Tahun 2025 bagi Program MURNInets 2.0. Anugerah tersebut diterima oleh Puan Yang Dipertua MDY, Puan Hajah Maznim binti Ismail AMK, BCK,. daripada YAB Datoโ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, SPMK., AMK., Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2025 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman pada 4 November 2025 (Selasa) bertempat di Masjid Sultanah Bahiyah, Baling, Kedah. ![]()
Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan atas usaha berterusan Majlis Daerah Yan dalam memperkasa agenda pembangunan mampan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat selaras dengan aspirasi Kedah Negeri Sejahtera.
MDY juga turut menerima naskah laporan akhir Pelan Tindakan Khas (PTK) Pembangunan Kompleks Pelancongan Bersepadu Di Kaki Gunung Jerai, Yan dan Projek Brief yg disediakan oleh Pejabat Projek Zon Utara (PPZU) yang mempunyai perancangan projek-projek pembangunan berdaya maju bagi Daerah Yan.
Majlis perasmian HPBS tersebut telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman, serta turut dihadiri oleh YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia.






