𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐓𝐄𝐃𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐈𝐓𝐌𝐄𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌
Majlis Daerah Yan (MDY) melalui Unit Landskap, Jabatan Perancangan Bandar Dan Landskap MDY sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaran pokok teduhan di Jalan Pantai Barat. Kerja-kerja ini dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa bagi tujuan menjaga keselamatan orang awam terutamanya pengguna jalan raya di samping komitmen MDY terhadap pengekalan kelestarian alam sekitar.
Antara kawasan terlibat bagi fasa 1 ini bermula dari Sungai Kering hingga ke Sungai Limau Dalam. Kerja-kerja ini melibatkan pemangkasan pokok pada tahap yang bersesuaian bagi mengimbangi beban pokok seterusnya mengurangkan risiko pokok tumbang terutamanya pada musim hujan dan angin kuat.
Dimohon pengguna jalan raya terlibat dan penduduk setempat yang melalui kawasan tersebut supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan keselamatan semasa kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.
Pihak MDY menghargai dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan kesabaran daripada semua pihak sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja pemangkasan ini.


