𝟐𝟒 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓
Majlis Cabutan Kerja Undi Fasa 4 telah disempurnakan oleh Tuan Setiausaha MDY, En. Amir Ezzat bin Ismail. Proses pengundian kali ini melibatkan pemilihan tiga kontraktor yang akan melaksanakan tiga projek berkaitan kerja-kerja jalan serta sistem saliran di kawasan seliaan Majlis Daerah Yan.
Tahniah diucapkan kepada kontraktor yang terpilih. Pihak MDY menaruh keyakinan penuh agar semua projek dapat dilaksanakan dengan komitmen tinggi, kepakaran profesional serta pematuhan tempoh kerja yang telah ditetapkan demi memastikan kesejahteraan komuniti Daerah Yan terus terjamin.



