3 Disember 2025 – Dato’ Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim hari ini telah melakukan lawatan pemantauan ke tapak pembangunan projek pemaju bagi memastikan semua kerja tanah dan kawalan pembangunan mematuhi piawaian teknikal serta syarat kelulusan yang telah ditetapkan.

Lawatan ini diadakan susulan beberapa isu kawalan yang dikenal pasti dalam laporan pemeriksaan MPKK, merangkumi keadaan kolam takungan sementara, sistem aliran air, titik curahan akhir (final discharge), serta keberkesanan langkah-langkah kawalan hakisan dan kelodak.

Turut hadir dalam pemantauan ini ialah Setiausaha MPKK bersama Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Perancangan dan Landskap, Jabatan Bangunan, Unit OSC dan Unit Komunikasi Korporat. Pemeriksaan memberi tumpuan kepada keberfungsian kolam takungan serta keberkesanan kawalan kerja tanah bagi mengelakkan berulangnya kejadian limpahan air ke kawasan penduduk.

MPKK komited memastikan setiap pembangunan di Kulim dilaksanakan secara teratur, terkawal dan selamat, tanpa menimbulkan risiko kepada komuniti setempat. Fokus utama MPKK adalah memastikan semua penambahbaikan yang diarahkan dilaksanakan segera, dengan pematuhan penuh terhadap semua syarat teknikal dan perundangan yang berkuat kuasa.

MPKK akan terus menjalankan pemantauan berkala dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga keselamatan, kesejahteraan serta kepentingan awam, selaras dengan aspirasi menjadikan Kulim sebagai bandar yang mampan dan terancang.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#thegreaterkedah

#pembangunan

Skip to content