𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐢 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓
Makluman kepada semua pemilik harta di kawasan Majlis Perbandaran Kulim. Sesi Pendengaran Bantahan bagi Senarai Nilaian Baharu 2025 (Cukai Taksiran) akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 7–9 Disember 2025 (Ahad – Selasa)
Tempat: Dewan Putra, Kulim
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Pemilik pegangan yang telah mengemukakan bantahan sebelum 23 November 2025 akan menerima SMS jemputan rasmi melalui Gerbang SMS Kerajaan Malaysia (15888).
Sila hadir mengikut tarikh dan masa yang dinyatakan dalam notifikasi tersebut. Para pemilik diminta hadir 30 minit lebih awal bagi tujuan pendaftaran.
Dokumen yang perlu dibawa:
- Kad pengenalan
- Slip pengesahan penerimaan bantahan
- Dokumen sokongan berkaitan
- Surat kuasa wakil (jika mewakilkan wakil atau ejen)
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MPKK di talian 04-432 5225 atau WhatsApp 011-5854 5225 / 011-5854 6006.
