8 Disember 2025 – Majlis Perbandaran Kulim telah mengadakan sesi taklimat pra pendaftaran dan pra undian petak niaga Bazar Ramadan bagi tahun 2026/1447H bertempat di Dewan Bandaran Kulim. Sesi taklimat pada hari pertama ini melibatkan pemohon daripada lokasi Kulim, Taman Selasih, Kelang Lama dan Taman Mutiara.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Puan Siti Nur Amirah Binti Aizuddin, Pegawai Teknologi Makanan, Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kulim; diikuti oleh Puan Jeyanti, Pegawai Perkeso Cawangan Kulim; serta Cik Nur Amira Binti Azman, Eksekutif Komunikasi Korporat, E-Idaman Kulim. Setiap pembentangan memberikan penekanan terhadap aspek kesihatan, keselamatan, perlindungan sosial serta pengurusan sisa bagi memastikan kelancaran operasi bazar.

Majlis Perbandaran Kulim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peniaga yang hadir atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Diharapkan sesi taklimat ini dapat meningkatkan kefahaman para peniaga berhubung prosedur pendaftaran, pematuhan peraturan, serta persediaan pelaksanaan Bazar Ramadan tahun 2026.

Klik untuk gambar sekitar program

#MPKK

#MajlisPerbandaranKulim

#BazarRamadan2026

#kulimbandarsejahtera

#kulim

Skip to content