Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah melaksanakan Sesi Pendengaran Bantahan Cukai Taksiran bagi Senarai Nilaian Baharu 2025 selaras dgn peruntukan Seksyen 142(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), yang berlangsung selama tiga hari mulai 7 hingga 9 Disember 2025 bertempat di Dewan Putra, MPKK.

Sesi pendengaran ini merupakan proses susulan selepas permohonan bantahan diterima daripada para pemilik harta, bagi memberi ruang untuk mengemukakan hujahan, pertanyaan serta mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan penilaian semula cukai taksiran.

Panel pendengaran terdiri daripada Puan Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah dan Penolong Pengarah, dengan sokongan penuh daripada pasukan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPKK yang memastikan setiap proses berlangsung dengan lancar, teratur dan mematuhi tatacara ditetapkan.

Dato’ Yang Dipertua turut hadir meninjau perjalanan sesi pendengaran dan berkesempatan berbual serta mendengar pandangan pemilik pegangan yang hadir.

MPKK merakamkan penghargaan atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan proses semakan ini yang dilaksanakan secara telus dan berintegriti. MPKK kekal komited menyediakan perkhidmatan yang efisien, sistematik dan sejahtera kepada seluruh warga Kulim.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#MPKK#cukaitaksiran2025

#nilaibaharu2025#kulim

Skip to content