PEMAKLUMAN CUKAI PINTU MPSPK

Dimaklumkan bahawa Bil Cukai Pintu MPSPK bagi Penggal Pertama akan dihantar kepada pemilik berdaftar melalui WhatsApp atau e-mel.

Sila ambil perhatian : Bil akan dihantar daripada nombor telefon 04-429 6612. Mohon pastikan nombor ini tidak disekat bagi kelancaran penerimaan bil.

Bagi memastikan penghantaran bil dilakukan dengan lebih cepat, tepat dan selamat, para pemilik premis diminta untuk mengemaskini maklumat nombor telefon dan alamat e-mel melalui pautan berikut:

jomupdate.mpspk.gov.my

Kemaskini maklumat anda akan membantu MPSPK menyampaikan bil serta makluman penting dengan lebih efisien dan mengurangkan risiko kelewatan penerimaan bil bercetak.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi 04-429 6666 (sambungan ke Bahagian Hasil).

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda dalam usaha MPSPK mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.

Skip to content