Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Ke Kampung Tok Kepak, Kodiang Kedah Bagi Pelaksanaan Program Kampung Angkat Madani (KAM) 2025.

Kodiang, 4 November 2025 – Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib, mengadakan lawatan kerja ke Kampung Tok Kepak, Kodiang bagi meninjau pelaksanaan Program Kampung Angkat Madani (KAM) 2025.

Lawatan ini bertujuan melihat kemajuan projek yang dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) untuk memperkasa komuniti luar bandar. YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman Bin Taib turut menerima taklimat daripada Encik Faizal Azli bin Ghazali, Setiausaha Majlis Perbandaran Kubang Pasu , serta beramah mesra dengan penduduk setempat.

Program KAM merupakan inisiatif KPKT bagi meningkatkan kesejahteraan dan pembangunan komuniti di bawah aspirasi Malaysia Madani.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content