MPKP Laksana Operasi Alih Kiosk dan Bangsal Haram di Taman Bayan Emas.

Bukit Kayu Hitam, 6 November – Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah melaksanakan satu operasi pemindahan kiosk dan binaan bangsal yang didirikan tanpa kebenaran di kawasan hijau Taman Bayan Emas, di sini baru-baru ini.

“Operasi ini dijalankan bagi mengelakkan penyalahgunaan kawasan awam dan memastikan pembangunan bandar berlaku secara teratur,” jelas kenyataan itu.

Tindakan ini diambil selaras dengan peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (MDKP) 2010, bagi memastikan kebersihan, keselamatan, dan keindahan kawasan perumahan sentiasa terpelihara.

MPKP menasihatkan orang ramai supaya memperoleh kelulusan bertulis daripada pihak Majlis sebelum mendirikan sebarang struktur atau binaan di kawasan awam bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content