MPKP Lawat Projek DELAPAN, Input Penting Kajian RSN Kedah 2040.





Bukit Kayu Hitam, 6 November 2025 (khamis) – Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah menerima taklimat ringkas dan telah dibawa melawat ke tapak Projek Pembangunan DELAPAN di Bukit Kayu Hitam bagi mendapatkan input penting untuk penyediaan Kajian Rancangan Struktur Negeri (RSN) Kedah 2040 (Kajian Semula).
Projek DELAPAN di Bukit Kayu Hitam merupakan pembangunan strategik di zon ekonomi khas di sempadan Malaysia-Thailand. Pembangunan ini berpotensi besar untuk menjadi pusat logistik rentas sempadan, ekonomi hijau, teknologi pintar, industri bernilai tambah, dan industri halal. Ia adalah inisiatif strategik Kerajaan Negeri Kedah dan Kerajaan Persekutuan untuk mengangkat kawasan sempadan ini sebagai pintu ekonomi utama Malaysia ke pasaran ASEAN.
Seramai 18 orang pegawai daripada PPZU PLANMalaysia dan MPKP terlibat dalam sesi tersebut. Antara pegawai penting yang disenaraikan termasuklah Puan Haslina binti Chan @ Hassan, Pengarah PPZU PLANMalaysia, Tuan Setiausaha MPKP, Encik Faizal Azli Bin Ghazali, dan Pegawai Perancang Bandar dan Desa MPKP, Encik Mohammad Fadzli bin Haji Abu Bakar. MPKP berharap Northern Gateway dapat memberikan kerjasama penuh dalam memastikan kejayaan sesi lawatan ini sebagai penyumbang data yang signifikan dalam membentuk hala tuju perancangan strategik negeri Kedah sehingga tahun 2040.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1