OPERASI TANGKAPAN ANJING LIAR DAERAH KUBANG PASU TAHUN 2025






Jitra, 11 November 2025 – Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah melaksanakan Operasi Tangkapan Anjing Liar di beberapa kawasan tumpuan sekitar Daerah Kubang Pasu bagi memastikan keselamatan awam dan kebersihan persekitaran sentiasa terpelihara.
Operasi ini dijalankan susulan aduan penduduk berhubung peningkatan bilangan anjing liar yang berkeliaran di kawasan perumahan, taman permainan, serta kawasan perniagaan yang menganggu dan mengancam keselamatan orang ramai, khususnya kanak-kanak dan penunggang motosikal.
Operasi pada hari ini dijalankan di sekitar taman perumahan Darulaman Height, kawasan Bandar Darulaman Jaya dan Pekan Padang Sera bagi menyelesaikan aduan awam anjing liar berkeliaran yang di jalankan oleh anggota dari Jabatan Kesihatan Persekitaran MPKP.
Operasi tangkapan anjing liar seumpama ini akan dijalankan dari semasa ke semasa sebagai langkah kawalan berterusan gangguan anjing liar kepada penduduk setempat serta mengelakkan penularan penyakit seperti Rabies (Anjing Gila) serta memastikan kesejahteraan komuniti setempat. Penduduk setempat juga dinasihatkan supaya tidak membiarkan anjing peliharaan berkeliaran tanpa pengawasan bagi mengelakkan sebarang tindakan di bawah undang-undang kecil MPKP berkaitan.
MPKP komited dalam memastikan daerah Kubang Pasu BERSIH INDAH, MAKMUR DAN SELAMAT selaras dengan matlamat “Kubang Pasu Sejahtera dan Unggul” menjelang tahun 2030.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
