SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan penuh takzim merakamkan ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan kepada Yang Teramat Mulia Tunku Sulaiman Badlishah bin Tengku Sarafudin Badlishah.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya dengan mengurniakan YTM Tunku kesihatan yang baik, usia yang panjang lagi diberkati, keimanan yang kukuh serta kebijaksanaan dalam memimpin dan melangkah ke hadapan.

Semoga YTM Tunku sentiasa berada dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT serta dikurniakan kejayaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Skip to content