PEMAKLUMAN
MPSPK PRIHATIN : BAZAR RAMADAN JALAN PADANG DIBUKA SEMULA
Hasil keprihatinan tinggi yang dizahirkan oleh Ahli-Ahli Majlis bersama Pengurusan Tertinggi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pelesenan Bil. 12/2025, satu keputusan strategik yang berpaksikan kepentingan rakyat telah dicapai.
Mesyuarat bersetuju untuk membenarkan Bazar Ramadan Jalan Padang dibuka semula pada bulan Ramadan tahun 2026 dan cadangan untuk Bazar Ramadan Jalan Petri dibatalkan. Sehubungan itu, pelaksanaan projek landskap di kawasan berkenaan akan ditangguhkan dan akan dilaksanakan selepas berakhirnya bulan Ramadan 2026.
Keputusan ini jelas membuktikan kepimpinan berwawasan serta iltizam tinggi Yang Dipertua bersama Ahli-Ahli Majlis dalam mendengar suara peniaga dan masyarakat setempat, di samping memastikan perancangan pembangunan bandar dilaksanakan secara seimbang, berhemah dan berorientasikan kesejahteraan rakyat.
Pentadbiran ini akan terus komited untuk mengutamakan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, seiring dengan usaha membangunkan bandar yang mampan, inklusif dan berdaya saing demi kesejahteraan komuniti keseluruhannya.

