17 Disember 2025 – Latihan Kebakaran telah berjaya dilaksanakan di Majlis Perbandaran Kulim dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Kulim.

Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta kecekapan warga kerja Majlis Perbandaran Kulim dalam menghadapi situasi kecemasan kebakaran. Selain itu, latihan ini turut memberi pendedahan berkaitan prosedur keselamatan dan penggunaan alat pemadam api yang betul serta berkesan.

Majlis Perbandaran Kulim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Balai Bomba Dan Penyelamat Kulim atas kerjasama, bimbingan dan perkongsian ilmu yang telah diberikan. Diharapkan latihan seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan terjamin.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#MPKK

#LatihanKebakaran

#keselamatandankesihatan

#kesiapsiagaankecemasan

Skip to content