Majlis Perbandaran Kubang Pasu ambil langkah drastik, bina kolam takungan sementara di Jalan Kelubi dalam atasi banjir kilat

Jitra, 27 Oktober 2025 (Isnin) – Susulan aduan berulang dari penduduk mengenai isu banjir kilat di sekitar Jalan Kelubi Dalam, Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah mengambil langkah drastik dengan membina Kolam Takungan Sementara (Sump Pit) di tapak binaan.

Langkah segera ini diambil bertujuan untuk mengawal limpahan air berlumpur dari kawasan projek pembinaan, yang didakwa penduduk menjadi punca utama sedimen menyumbat sistem perparitan awam dan mengakibatkan banjir kilat terutamanya selepas hujan lebat.

Tinjauan di tapak projek menunjukkan kerja-kerja pengorekan tanah sedang dijalankan bagi mewujudkan kolam takungan yang dalam. Kolam ini akan berfungsi sebagai perangkap sedimen untuk menakung air larian permukaan dan membenarkan enapan tanah mendap sebelum air yang lebih bersih dilepaskan ke parit utama.

Kolam takungan sementara ini akan beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat dan berjanji akan terus memantau tahap sedimen bagi memastikan projek tersebut tidak lagi menjadi punca kepada masalah banjir kilat di Jalan Kelubi Dalam. Usaha ini juga menunjukkan komitmen pihak pemaju untuk mematuhi garis panduan alam sekitar yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content