Lawatan Dato’ Seri Haji Norizan, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman ke Delapan, Bukit Kayu Hitam

16 April 2025 (Rabu) – Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, telah mengadakan lawatan kerja ke kawasan pembangunan Delapan, Bukit Kayu Hitam bagi meninjau perkembangan semasa dan perancangan masa hadapan projek pembangunan berimpak tinggi di kawasan sempadan utara negeri.

Lawatan ini disambut oleh pihak pengurusan tertinggi projek Delapan serta wakil-wakil agensi pelaksana dan pihak berkuasa tempatan. Dalam sesi taklimat tertutup yang berlangsung di bilik mesyuarat utama, Dato’ Seri Haji Norizan telah diberi penerangan terperinci mengenai status pembangunan, cabaran pelaksanaan serta potensi masa depan Delapan sebagai hab ekonomi dan logistik utama yang strategik di utara Semenanjung Malaysia.

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content