Challenge Cup 2025 Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu













































27 Februari 2025 (Khamis) – Bertempat di Stadium Mini MPKP, Jitra telah berlangsung satu perlawanan akhir Challenge Cup 2025 Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu.
Perlawanan akhir yang telah berlangsung diantara SHR Tatarian menentang Mix FC. Keputusan perlawanan berakhir dengan keputusan seri dan telah diheret ke masa tambahan. Keputusan di masa tambahan juga telah berakhir dengan seri. Penentuan sepak penalti diantara kedua-dua pasukan bagi menentukan siapakah yang akan membawa pulang piala kejuaraan. Keputusan akhir menyaksikan SHR Tatarian telah berjaya mengalahkan Mix FC melalui sepakan penalti.
Pingat dan piala telah disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Badrulhisham Bin Haji Sulaiman kepada pemenang.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang…/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
No. Whatsapp Aduan MPKP : 014-628 8381
