DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH BERANGKAT KE MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah, dan Yang Teramat Mulia Tunku Sulaiman Badlishah bin Tengku Sarafudin Badlishah perkenan berangkat ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang.
Keberangkatan tiba DYTM Tuanku Raja Muda Kedah dan YTM Anakanda disambut oleh Keberangkatan Tuanku di sambut oleh Pengarah Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Encik Azhar Mohamed Noor, Pegawai Daerah Kuala Muda Encik Azmin Zainol Abidin, Yang Dipertua MPSPK, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, Pengarah Muzium Negeri Kedah Encik Suhardi Sukri, Pengerusi Persatuan Sejarah Negeri Kedah Dr. Ibrahim Bakar dan Pengarah PPAG USM Prof Madya Dr Nasha Rodziadi Khaw.
DYTM di bawa melawat galeri 1 Arkeologi Lembah Bujang, galeri 2 Sejarah Perdagangan Lembah Bujang dan tapak-tapak percandian di Kawasan muzium. Sepanjang lawatan DYTM Raja Muda Kedah dan YTM anakanda telah diberi taklimat mengenai penemuan arkeologi Lembah Bujang termasuk tinggalan candi, artifak perdagangan dan bukti kewujudan tamadun awal yang pernah menjadi pusat perdagangan penting di Asia Tenggara.
Sumber facebook : Kedah Royal Family & Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Klik untuk gambar sekitar program











