SAF KEPIMPINAN MPSPK DIPERKUKUH, AHLI MAJLIS PENGGAL 2026 – 2027 ANGKAT SUMPAH
Pelantikan dihadapan Yang Dipertua MPSPK, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah ini melibatkan 7 orang Ahli Majlis baharu serta 11 orang Ahli Majlis sedia ada, yang menghimpunkan gabungan idea segar dan pengalaman luas, sekali gus memperkukuh barisan kepimpinan MPSPK dalam menerajui tadbir urus serta mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Yang Dipertua MPSPK menzahirkan keyakinan penuh bahawa barisan Ahli Majlis yang dilantik mampu membuktikan kemampuan, kewibawaan dan integriti, serta melaksanakan amanah yang digalas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab, di samping berperanan sebagai jambatan penghubung yang berkesan antara pihak berkuasa tempatan dan rakyat.
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan MPSPK dalam memacu pembangunan yang mampan, memperkasa kesejahteraan komuniti serta merealisasikan aspirasi menjadikan Sungai Petani sebuah bandar yang progresif, berdaya saing dan sejahtera. Tahniah dan selamat menjalankan amanah.
Klik untuk gambar sekitar programKlik untuk video sekitar program











