11 Januari 2026 – Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mengecat Stadium Mahsuri, Padang Serai telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat kerjasama dan kesukarelawanan.

Program ini merupakan lanjutan daripada lawatan kerja Yang Dipertua MPKK semasa Program Hari Bertemu Pelanggan pada 5 Julai 2025 yang telah diadakan di Dewan Mahsuri, Padang Serai.

Hasil lawatan tersebut, YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff telah mencadangkan agar satu inisiatif transformasi imej Stadium Mahsuri dilaksanakan, antaranya melalui kerja-kerja mengecat semula bagi menceriakan dan memperbaharui penampilan stadium.

Turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), bersama YBhg. Datin Azlina binti Md. Zuki, Pengerusi PUSPANITA MPKK, Tuan Haji Md Nawiral Musafaa bin Masdom, Mantan AM Zon 16, serta barisan Pengarah Jabatan, ahli PUSPANITA, Pegawai Kawasan, warga MPKK dan komuniti Zon 16.

Stadium Mahsuri bukan sekadar sebuah fasiliti sukan, malah merupakan simbol perpaduan dan kebersamaan komuniti setempat. Inisiatif ini diharapkan dapat memberi nafas baharu serta menceriakan persekitaran stadium agar terus menjadi ruang yang selesa, indah dan harmoni untuk kegunaan semua lapisan masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada PUSPANITA MPKK, barisan kepimpinan, para sukarelawan serta komuniti setempat atas komitmen dan sokongan padu yang diberikan bagi menjayakan program ini.

Semoga inisiatif ini menjadi pencetus kepada lebih banyak program CSR yang memberi impak positif kepada kesejahteraan masyarakat pada masa akan datang.

Bersama kita boleh!

📷 Klik pautan di bawah untuk melihat gambar-gambar sekitar program.

https://drive.google.com/…/1bdtWAb06HuzeAhuREbHahwevzlF…

#MajlisPerbandaranKulim

#ProgramCSR

#PUSPANITAMPKK

#KomunitiPrihatin

Skip to content