12 Januari 2026 – Sekitar Majlis Mengangkat Sumpah dan Menandatangani Watikah Pelantikan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) bagi sesi 2026-2027 bertempat di Dewan Bandaran, Kulim.

Upacara angkat sumpah telah disempurnakan di hadapan YB Mejar Mansor Zakaria, YB Exco Kerajaan Negeri Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Kesihatan Negeri Kedah; YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK; serta Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK.

Majlis dimulakan dengan angkat sumpah oleh Dato’ Yang Dipertua MPKK, diikuti oleh lima (5) orang Ahli Majlis Ex-Officio dan seterusnya lapan belas (18) orang Ahli Majlis Politik.

Selepas Majlis Angkat Sumpah, majlis diteruskan dengan Taklimat Pengukuhan Integriti dan Tadbir Urus yang disampaikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memperkukuh kefahaman serta komitmen Ahli Majlis terhadap amalan integriti dan tadbir urus yang baik.

Pelantikan ini diharapkan dapat memperkukuh kerjasama antara kepimpinan, pengurusan dan komuniti setempat ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan serta pembangunan Kulim yang mampan dan sejahtera.

Majlis Perbandaran Kulim merakamkan ucapan tahniah kepada semua Ahli Majlis yang dilantik serta mendoakan agar amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan kecemerlangan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content