Perhimpunan Korporat Bil. 1/2026 Majlis Perbandaran Kubang Pasu


















JITRA – Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah mengadakan Perhimpunan Korporat Bil. 1/2026 yang berlangsung dengan penuh muafakat di Auditorium Dewan Wawasan, Jitra. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah merangkap Yang Dipertua MPKP, Dato’ Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim. Suasana majlis bermula dengan penuh semangat patriotik melalui nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah, dan lagu rasmi MPKP yang dipersembahkan secara harmoni oleh kumpulan koir MPKP di hadapan para kakitangan yang hadir.
Sejurus tamat sesi perhimpunan, agenda diteruskan dengan pengisian ilmu melalui ceramah kesedaran yang disampaikan oleh Inspektor Harisin daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil bagi memberi pendedahan tentang ancaman jenayah semasa. Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi taklimat oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bertajuk “Potong Gaji Bayar Zakat, Rezeki Berkat”. Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Unit Zakat Pendapatan (Kerajaan) LZNK itu bertujuan memberi kefahaman tentang kepentingan keberkatan rezeki melalui saluran zakat yang betul secara potongan gaji.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
