KE ARAH BANDARAYA : DELEGASI SUNGAI PETANI KE PUTRAJAYA

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah mengadakan kunjungan hormat rasmi ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi membawa hasrat yang besar iaitu, Sungai Petani ke arah Bandaraya

MPSPK yang diketuai oleh Yang Dipertua, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah hadir mengunjungi YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sempena Tahun Baharu 2026 disamping turut menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaan menerima Ijazah Kedoktoran dalam Pentadbiran Perniagaan (DBA) daripada City University Malaysia.

Perbincangan dalam lawatan ini memfokuskan permohonan empat (4) projek utama yang dirangka bertujuan mempercepat usaha menjadikan MPSPK ke arah status Majlis Bandaraya Sungai Petani. Tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, estetika bandar, kesejahteraan komuniti dan sistem perkhidmatan awam telah dibentangkan bagi mendapat sokongan KPKT.

Dalam kunjungan ke KPKT, pertemuan tidak disangka-sangka apabila Yang Dipertua bertemu dengan Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming, Menteri KPKT yang sempat bertanya khabar serta perkembangan terkini MPSPK disamping menyatakan hasrat untuk turun ke Sungai Petani dalam masa terdekat. Terima kasih YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib atas kesudian menerima delegasi dan memberi dorongan bagi pembangunan masa depan MPSPK.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content