KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran sebutharga ini adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan salah satu kod bidang Kementerian Kewangan Malaysia seperti yang tertera di bawah.

BILNO SEBUT HARGATAJUKKOD BIDANG PENDAFTARAN
1









2
06/2026 (KEJ)








07/2026 (KEJ)
SEBUTHARGA PERKHIDMATAN BAGI PENGUJIAN, PENYELENGGARAAN DAN PENTAULIAHAN SISTEM PENCEGAHAN KEBAKARAN BANGUNAN PEJABAT MENARA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH BAGI TEMPOH 24 BULAN.




SEBUTHARGA KONTRAK BAGI MEMBEKAL, MENUKAR, MEMASANG TAYAR BARU LUAR DAN DALAM SERTA “BALANCING” DAN “ALIGNMENT” KENDERAAN JABATAN MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH UNTUK TEMPOH 24 BULAN.

120601 / 120602 *(mempunyai pengalaman dan pengesahan dari Pihak Bomba Dan Penyelamat Malaysia)*
ATAU
CIDB KELAS G1 KATEGORI M&E
pengkhususan M02

220113 / 110301 / 110302

Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan) mulai 02 FEBRUARI 2026 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu:8.30 pagi – 12.45 tengah hari
  2.15 petang – 4.30 petang
Khamis:8.30 pagi – 12.45 tengah hari
  2.15 petang – 3.00 petang

Penyebutharga dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Asal Dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu salinan sijil tersebut semasa membeli dokumen sebutharga.

Dokumen sebutharga boleh dibeli dengan Harga RM20.00 yang tidak dikembalikan. Pembayaran hendaklah dibuat di dalam bentuk (kad debit / kad kredit / boost / touch n go).

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 09 FEBRUARI 2026, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis berlakri/bermeter nama tawaran dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 27 Januari 2026

Skip to content