Kulim, 28 Januari 2026 – Insiden kebakaran yang berlaku di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Padang Cina, Kulim sejak 27 Januari 2026 masih dalam fasa operasi pemadaman dan kawalan. Berdasarkan penilaian terkini, anggaran keluasan kawasan terlibat adalah sekitar 15 ekar.

𝐏𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢

Operasi pemadaman diteruskan secara berperingkat dan bersepadu melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihak berkuasa tempatan serta agensi-agensi berkaitan.

Sehingga 9.00 pagi 28 Januari 2026, kerja-kerja utama yang telah dilaksanakan termasuk:

𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐩𝐞𝐦𝐚𝐝𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐢 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐝𝐢 𝐛𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐤𝐫𝐢𝐭𝐢𝐤𝐚𝐥;

𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚-𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐟𝐢𝐫𝐞 𝐛𝐫𝐞𝐚𝐤𝐞𝐫 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐛𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐢;

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐣𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐨𝐠𝐢𝐬𝐭𝐢𝐤 𝐚𝐢𝐫 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧.

Jumlah jentera berat yang disediakan oleh pihak operator Tapak Pelupusan Sampah Sanitari Padang Cina, Kulim iaitu Panimex Construction (M) Sdn. Bhd. yang terlibat adalah:

𝐄𝐱𝐜𝐚𝐯𝐚𝐭𝐨𝐫: 𝟒 𝐮𝐧𝐢𝐭

𝐁𝐮𝐥𝐥𝐝𝐨𝐳𝐞𝐫: 𝟏 𝐮𝐧𝐢𝐭

𝐁𝐚𝐜𝐤𝐡𝐨𝐞: 𝟏 𝐮𝐧𝐢𝐭

𝐋𝐨𝐫𝐢 𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐭 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡: 𝟑 𝐮𝐧𝐢𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐭𝐚𝐦𝐛𝐮𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡

𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧: 𝐤𝐢𝐫𝐚-𝐤𝐢𝐫𝐚 𝟓𝟎𝟎 𝐭𝐚𝐧

𝐊𝐞𝐤𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐠𝐨𝐭𝐚 𝐃𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭

Seramai 71 anggota bomba sedang terlibat secara langsung dalam operasi ini dengan kerjasama pelbagai agensi, antaranya:

* Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) KHTP, Sungai Petani, Alor Setar dan Kepala Batas

* Pasukan Bomba Sukarela (PBS) termasuk Kulim, Karangan, Kg. Selamat, Kepala Batas dan Lunas

* Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK)

* Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK)

* Pejabat Tanah Daerah Kulim

* Syarikat Air Darul Aman (SADA)

* Polis Diraja Malaysia (PDRM)

* Majlis Daerah Bandar Baharu

𝐆𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐑𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢

Antara peristiwa utama yang direkodkan:

* 27 Januari 2026 (6.28 pagi): Bilik Kawalan menerima panggilan kecemasan

* 9.20 pagi: Anggota bomba tiba dan operasi pemadaman dimulakan

* Sepanjang hari: Bantuan tanker air dari pelbagai agensi tiba secara berperingkat

* Petang hingga malam: Penggunaan pam berkapasiti tinggi (hydrosub), penambahan jentera dan pengukuhan kawalan sektor

* 28 Januari 2026 (awal pagi): Operasi diteruskan dengan fokus kawalan bara dan kepulan asap dalam timbunan sisa

𝐒𝐭𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚

Setakat jam 9.00 pagi, 28 Januari 2026, kebakaran masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, keadaan adalah terkawal secara berperingkat dan usaha pemadaman serta mitigasi risiko alam sekitar sedang dipergiatkan.

Pihak operator tapak bersama agensi terlibat akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan memaklumkan sebarang perkembangan penting kepada orang awam melalui saluran rasmi.

𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭 𝐒𝐢𝐭𝐮𝐚𝐬𝐢 𝐈𝐧𝐝𝐞𝐤𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐔𝐝𝐚𝐫𝐚

Orang ramai boleh memantau keadaan semasa tahap Indeks Pencemaran Udara melalui Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia sebagai rujukan rasmi bagi bacaan status kualiti udara dan jerebu di Malaysia khususnya di kawasan Kulim. Layari https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main di bawah Jabatan Alam Sekitar Negara untuk maklumat lanjut.

Kerjasama dan keprihatinan semua pihak amatlah dihargai.

Kemaskini setakat jam 9.00 pagi, 28 Januari 2026.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim#kulim

Skip to content