𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐋𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐊 𝐋𝐀𝐍𝐃𝐒𝐊𝐀𝐏 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟑𝟕

Mesyuarat Penuh bagi Kelulusan Laporan Teknikal Kajian Pelan Induk Landskap Daerah Yan, Kedah Darul Aman telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Januari 2026 bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Puan Hajah Maznim Binti Ismail dan disertai oleh Jabatan Landskap Negara selaku penyedia Pelan Induk Landskap, Perunding Cloustan Design Sdn. Bhd. selaku pasukan pakar pengkaji, Puan Rizawati Binti Mohamad dari Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, wakil dari Bahagian Kerajaan Tempatan serta wakil-wakil jabatan dan agensi berkaitan.

Mesyuarat ini berperanan sebagai platform strategik bagi pengesahan data setiap jabatan serta membincangkan dan memperhalusi input teknikal berkaitan kajian pelan induk landskap, selain memastikan perancangan yang dirangka selari dengan keperluan pembangunan setempat, elemen kelestarian alam sekitar serta aspirasi pembangunan mampan Daerah Yan.

Diharapkan segala keputusan dan resolusi yang dicapai melalui mesyuarat ini dapat diterjemahkan secara berkesan dalam pelaksanaan inisiatif landskap yang lebih tersusun dan berimpak tinggi, seterusnya menyumbang ke arah peningkatan kualiti persekitaran serta kesejahteraan komuniti setempat.

Skip to content