PROGRAM KEJUARAAN SILAT TERBUKA PIALA PENDITA AGUNG DATO’ DR RAJA ABDUL MAJID & HIMPUNAN “GEMA PENDEKAR MADANI” ZON UTARA

Program Kejuaraan Silat Terbuka Piala Pendita Agung Dato’ Dr Raja Abdul Majid dan Himpunan Gema Pendekar Madani Zon Utara telah berlangsung dengan jayanya di Dewan MPSPK, Sungai Petani, dengan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada pelbagai perguruan silat dan kontinjen dari seluruh Zon Utara.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, sebelum diteruskan dengan pengisian program seterusnya. Kemuncak program menyaksikan Majlis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kehadiran YAB Perdana Menteri jelas membuktikan sokongan padu kerajaan terhadap usaha memartabatkan seni silat sebagai warisan kebudayaan bangsa.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Dipertua MPSPK, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, Setiausaha MPSPK, Encik Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi, barisan kepimpinan MPSPK, wakil-wakil agensi, para guru silat, atlet-atlet silat serta para penyokong yang hadir memberikan sokongan padu sepanjang program berlangsung.

Program ini bukan sahaja berfungsi sebagai medan pertandingan dan pencungkil bakat baharu dalam arena silat, malah menjadi platform penting dalam memperkukuh jalinan silaturahim, menyemai semangat kesukanan serta memupuk nilai perpaduan dalam kalangan peserta dan masyarakat setempat.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content