Majlis berlangsung di The Event Hall Serdang, Kedah. Majlis tersebut melibatkan seramai 25 orang iaitu 7 orang Ahli Majlis Ex- Officio dan 18 orang Ahli Majlis Lantikan Politik Bagi Penggal 2026-2027 serta menandatangani watikah pelantikan sebagai Ahli Majlis MDBB.

Majlis dimulai dengan Majlis Angkat Sumpah dan menandatangani watikah pelantikan Ahli Majlis sebagai Yang Dipertua iaitu Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK,. serta diikuti oleh Ahli- Ahli Majlis Ex- Officio dan Politik Bagi Penggal 2026-2027 yang diketuai oleh Ybrs. Encik Mohd Fauzul Fitri Bin Dato’ Haji Abdul Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah ( Pengurusan Tanah) Bandar Baharu.

Majlis turut dihadiri oleh Ybrs. Setiausaha, Ketua-ketua Bahagian dan Unit Majlis Daerah Bandar Baharu.

Majlis seterusnya diteruskan ucapan daripada Yang Dipertua, MDBB kepada semua Ahli Majlis yang telah dilantik.

Pelantikan ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat, kerjasama dan kelancaran penyampaian perkhidmatan yang lebih menyeluruh dan membantu meningkatkan perancangan kemajuan pembangunan di Daerah Bandar Baharu.

Skip to content