PERJUMPAAN KAKITANGAN BAHARU BERSAMA YDP MPSPK
Satu sesi Perjumpaan Kakitangan Baharu bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah dan Tuan Setiausaha, Encik Mohammad Hasbullah bin Abd.Hadi telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Banquet, Aras 6, Menara MPSPK.
Majlis dimulakan dengan Upacara Angkat Sumpah Kakitangan Baharu sebagai tanda ikrar dan komitmen terhadap tanggungjawab yang digalas selaku penjawat awam. Upacara ini melambangkan kesediaan kakitangan baharu untuk berkhidmat dengan penuh integriti, amanah serta mematuhi peraturan dan etika perkhidmatan awam.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan Amanat oleh Yang Dipertua MPSPK, YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah yang menekankan kepentingan nilai integriti, disiplin, profesionalisme serta semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan tugas.
Diharapkan perjumpaan ini dapat menjadi platform terbaik dalam memberi pendedahan awal serta suntikan semangat kepada kakitangan baharu agar dapat menyesuaikan diri dengan budaya kerja MPSPK dan seterusnya menyumbang secara berkesan ke arah kecemerlangan organisasi.
Klik untuk gambar sekitar program






