MPKP Perkasakan Imej “Garden City”, Kerja Penyelenggaraan Landskap di Sekitar Jitra Dipergiat







𝐉𝐈𝐓𝐑𝐀, 𝟒 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 – Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) melalui Jabatan Pembangunan Landskap kini mempergiat kerja-kerja penyelenggaraan rutin di sekitar bandar Jitra bagi memastikan persekitaran kekal bersih, indah, dan selamat. Pasukan petugas memfokuskan kepada aktiviti pemangkasan pokok renek, merapikan landskap bunga kertas di pembahagi jalan, serta pembersihan sisa dahan dan daun kering secara menyeluruh untuk mengekalkan estetika bandar.
Inisiatif proaktif ini selaras dengan moto “Perbandaran Bersih-Indah, Makmur dan Selamat” dalam usaha menyokong agenda Malaysia Madani serta mempromosikan imej daerah sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Selain menjamin keindahan visual, penyelenggaraan ini juga penting bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dengan memastikan papan tanda serta persimpangan tidak terlindung oleh rimbunan dahan.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
