9 Februari 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota Protege Pembantu Penilaian yang bakal menamatkan tempoh perkhidmatan selepas setahun mencurahkan khidmat bakti kepada MPKK.

Sesi perjumpaan ini menjadi ruang kebersamaan dan penghargaan apabila turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua MPKK, Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, yang menyampaikan amanat, perkongsian pengalaman serta nasihat sebagai bekalan kepada para Protege sebelum melangkah ke fasa seterusnya dalam perjalanan kerjaya mereka.

Dato’ Yang Dipertua turut menzahirkan rasa terima kasih atas komitmen, disiplin dan profesionalisme yang ditunjukkan sepanjang tempoh perkhidmatan, khususnya dalam menyokong kejayaan pelaksanaan penilaian semula MPKK.

Sesungguhnya, sumbangan dan pengalaman yang ditinggalkan akan terus menjadi sebahagian daripada perjalanan MPKK.

Selamat maju jaya dan semoga terus melakar kejayaan di masa hadapan buat kalian para protege semua.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content