8 Februari 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah melaksanakan Operasi Menembak Gagak Siri 1 Tahun 2026. Operasi ini dilaksanakan susulan aduan orang awam berkaitan masalah gangguan burung gagak di beberapa kawasan utama sekitar Kulim.

Operasi berkenaan telah dirasmikan oleh Setiausaha MPKK, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi sebagai simbolik pelancaran program kawalan populasi burung gagak yang bertujuan menangani masalah gangguan serta menjaga kebersihan persekitaran bandar.

Seramai 10 orang penembak bersama 20 orang pembantu penembak telah terlibat dalam operasi ini. Pelaksanaan operasi turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan aspek keselamatan sentiasa terjamin sepanjang tempoh operasi dijalankan.

Hasil daripada operasi yang dijalankan, sebanyak 1,217 ekor burung gagak telah berjaya ditembak bagi mengawal peningkatan populasi burung tersebut yang didapati mengganggu kesejahteraan penduduk serta kebersihan persekitaran.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#operasimenembakgagak

#kesejahteraanpenduduk

Skip to content