11 Februari 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan sesi temuduga untuk pemilihan penyewa gerai-gerai kosong milik MPKK. Temuduga ini berlangsung di Bilik Jawatankuasa MPKK dan telah dihadiri oleh 32 orang calon.

Sesi temuduga ini dikendalikan oleh barisan panel yang terdiri daripada Tuan Haji Md Nawiral Musafaa bin Masdom, Ahli Majlis Zon 16; Encik Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim, Ahli Majlis Zon 03; Puan PMgr. Sr. Fauziah binti Abdul Mutalib, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta; Puan Mazlina binti Wahab, Ketua Bahagian Inspektorat; serta Encik Badrul Hisyam bin Mohamad Dir, Penolong Pegawai Undang-Undang.

Antara lokasi gerai yang ditawarkan termasuklah di Medan Selera, Taman Tasik Kulim, Medan Selera Stesen Bas Kulim, Pusat Penjaja Seri Serdang, Arked Seri Makmur, Gerai Seri Cempaka Junjong, Medan Selera Ria Padang Serai dan D’Serai Corner Padang Serai.

Program ini adalah sebahagian daripada usaha MPKK untuk membantu penduduk tempatan memulakan perniagaan dengan lebih teratur dan sah di sisi undang-undang. MPKK sentiasa menyokong para peniaga kecil dan penjaja demi merancakkan ekonomi tempatan serta menyediakan perkhidmatan yang bermanfaat kepada masyarakat sekitar.

MPKK merakamkan ucapan terima kasih kepada semua calon yang hadir, diharapkan inisiatif ini dapat memberi peluang kepada lebih ramai usahawan kecil untuk maju bersama MPKK.

Klik untuk gambar sekitar program

#temudugagerai

#geraimajlis

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content