Perkasakan Budaya Hidup Sihat, Pejabat Daerah Kubang Pasu dan kerjasama Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah menjayakan Program 1 Bulan 1 Sukan Bersama YB Muhamad Radhi Mat Din di peringkat Daerah Kubang Pasu

Kubang Pasu, 12 Februari 2026 (Khamis) – Pejabat Daerah Kubang Pasu dan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah berjaya menganjurkan Program 1 Bulan 1 Sukan sebagai usaha berterusan memupuk budaya gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja dan komuniti setempat. Program ini telah dirasmikan oleh YB Muhamad Radhi Mat Din, Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah, yang turut memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif memperkasakan aktiviti riadah secara konsisten setiap bulan. Kehadiran beliau bukan sahaja menyemarakkan semangat para peserta, malah membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan masyarakat yang cergas, aktif, dan produktif.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan telah dilaksanakan dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan yang tinggi. YB Muhamad Radhi dalam ucapannya menekankan bahawa penglibatan dalam sukan bukan sekadar untuk kecergasan fizikal, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan ukhuwah dan kerjasama antara agensi serta rakyat. MPKP berharap agar momentum Program 1 Bulan 1 Sukan ini dapat dijadikan rutin mingguan bagi memastikan kesejahteraan minda dan fizikal sentiasa berada pada tahap yang optimum demi kualiti hidup yang lebih baik.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content