NAIK TARAF TAPAK PENJAJA TANDOP MANFAATKAN 74 PENIAGA HARIAN DAN 171 PENIAGA PASAR MALAM

Alor Setar, 14 Februari 2026 – Projek naik taraf Tapak Penjaja Tandop yang dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) kini siap sepenuhnya dan dijangka memberi manfaat kepada 74 peniaga harian dan 171 peniaga pasar malam di kawasan tersebut.
 
Majlis perasmian projek berkenaan telah disempurnakan oleh Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah, YBhg. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail diiringi Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya dalam satu program ringkas yang diadakan di Tapak Penjaja Tandop, hari ini.
 
Projek naik taraf ini merangkumi penambahbaikan kemudahan infrastruktur, susun atur gerai yang lebih sistematik serta penyediaan persekitaran perniagaan yang lebih selesa, bersih dan selamat kepada para peniaga serta pengunjung.
 
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menyambut baik pelaksanaan projek ini yang bukan sahaja meningkatkan imej kawasan perniagaan penjaja kecil, malah menyokong usaha memperkasa ekonomi setempat serta meningkatkan kesejahteraan komuniti.
 
Diharapkan kemudahan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peniaga dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan daya saing perniagaan masing-masing.
Hadir sama Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKM), YBrs. En. Mohd. Nazri Bin Kamaruzzaman; Ahli-Ahli Majlis MBAS; barisan pengarah dan ketua-ketua bahagian MBAS serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Skip to content